Kategori Penyakit

Secara umumnya, penyakit dapat dikatagorikan kepada dua, yakni sakit fizikal dan sakit yang disebabkan dari gangguan makhluk halus seperti jin, hantu, iblis dan sebagainya. Sayugia diingatkan, penentuan jenis penyakit akan ditentukan dengan menggunakan kaedah tersendiri dalam PPS, agar tidak tersalah dalam menentukan jenis penyakit dan memberi rawatan. Kedapatan sesuatu penyakit itu kelihatannya seperti penyakit fizikal tetapi pada hakikatnya adalah disebabkan oleh gangguan makhluk halus dan begitu juga sebaliknya.

1. SAKIT FIZIKAL
Adalah penyakit disebabkan oleh gangguan atau kecederaan pada sistem atau organ-organ pada atau dalam tubuh badan manusia. Ianya mungkin berpunca dari kemalangan, persekitaran )cuaca, pencemaran dan sebagainya), cara dan jenis pemakanan, perubahan emosi (yang boleh menjurus kepada sakit gangguan makhluk halus), amalan hidup seharian dan sebagainya.

Contoh-contoh penyakit fizikal adalah seperti luka, sakit jantung, barah, patah tulang, sakit mata, resdung, darah tinggi, kencing manis, melecur, penyakit kulit, lemah tenaga batin dll.

2. SAKIT BERPUNCA DARI GANGGUAN MAKHLUK HALUS
Pertamanya, keujudan makhluk halus mesti diakui. Dan kehadiran sesetengah dari jenis makhluk itu yang merosakkan, mengkhianati, memporak-perandakan, menyakiti dan menggangu manusia juga mesti diakui. Banyak dalil-dalil dari Al-Quran dan hadis menyatakan tentang itu. Para cerdik pandai, terutamanya pakar perubatan barat juga kini telah mengakui bahawa kedapatan penyakit-penyakit yang dihidapi oleh manusia disebabkan oleh gangguan dari makhluk halus.

"Jin Kami ciptakan sebelum manusia dari api yang sangat panas".
(QS.Al-Hijr :27)

"Dan menjadikan jin dari lidah api (yang membakar)".
(QS.Ar Rahman : 15)

"(Ingatlah) ketika Kami berkata kepada malaikat : Tunduklah kamu kepada Adam ! Lalu mereka itu tunduk, kecuali iblis, ia enggan dan takabur, dan ia termasuk orang-orang kafir".
(QS.Al-Baqarah : 34)

Sesungguhnya Allah swt yang mengetahui akan segala-galaNya, barat yang dahulunya begitu taksub dan ego dengan kemampuan perubatan modennya, kini terpaksa akur bahawa kedapatan penyakit-penyakit yang tidak dapat dirawat dengan ilmu perubatan moden dan mengakui bahawa sesetengah penyakit itu berpunca dari gangguan makhluk halus.

Doktor Bill dalam bukunya "Pemulihan Terhadap Otak Pesakit Akibat kejadian-kejadian luar biasa", Carl Johnson, seorang cendikiawan Amerika, dalam bukunya "Gejala-gejala makhluk halus", Dr, James Halsone, Dr. Carl Wekland, Dr.Paruze (Pakar perubatan penyakit saraf, Universiti Minapoles, Amerika), semuanya mengakui akan keujudan makhluk halus dan penyakit disebabkan oleh makhluk halus itu perlu ditangani dengan kaedah yang lain dari perubatan moden.

Umum lebih mengetahui dan mempercayai bahawa golongan syaitan, jin, iblis dan sebagainya itu akan menggangu umat Islam ketika mengerjakan ibadat khusus sahaja, seperti ketika solat, puasa dll. Tetapi harus diketahui bahawa gangguan dari makhluk halus itu mencakupi dalam urusan harian manusia, seperti kesihatan, ketenteraman (fizikal dan mental), hubungan sesama manusia dan lain-lain lagi.

Gangguan tersebut juga boleh terjadi secara terus atau disebabkan oleh perbuatan khianat manusia kepada sesama manusia dengan menggunakan khidmat atau pertolongan dari makhluk halus baik secara langsung atau pun tidak langsung.

"Dan sesungguhnya orang lelaki diantara manusia meminta berlindung kepada beberapa lelaki diantara jin, lalu mereka (manusia) menjadikan jin-jin bertambah sombong".
(QS.Al-Jin : 6)

Contoh-contoh penyakit atau keadaan yang berpunca dari makhluk halus adalah seperti, santau, terkena sihir, sakit anggota badan, gangguan mental, terkena minyak pengasih, perniagaan merosot, kurang atau tidak bernafsu dalam hubungan suami isteri, keretakan rumah tangga, kekalutan dalam keluarga, demam panas, mimpi ngeri dan aneh, dibelenggu perasaan takut, gangguan secara nyata (nampak sesuatu lembaga atau kedengaran bunyi-bunyi yang luar biasa dan sebagainya).

***


No comments:

Post a Comment