Home





..... selangkah ke alam perubatan .....
PRANA SUCI

" Satu kaedah rawatan yang tidak mengandungi unsur-unsur syirik dan tidak menyalahgunakan atau mempermudah-mudahkan ayat-ayat suci Al-Quran "




"Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan sesuatu dengan Dia, dan Dia mengampuni dosa yang selain dari syirik itu bagi siapa yang dikehendakiNya".
(QS.An.Nisa' : 48)

Dari Jabir r.a dari Rasullulah saw, sabdanya :
"Setiap penyakit ada ubatnya. Apabila tepat ubat sesuatu penyakit, tentu penyakit itu sembuh dengan izin Allah 'Azza wa Jalla".
(Hadis : Shahih Muslim)

Salam pengenalan untuk yang belum mengenali Prana Suci !
Bagi anda yang pernah berurusan dengan kami, dipanjatkan doa pada Illahi, agar anda sentiasa dalam rahmat dan perlindunganNya serta dikurniakan kesihatan yang baik. amin...amin.. ya rabul Alamin !


Sesungguhnya segala yang baik itu datang dari Allah swt, dan segala kekurangan itu adalah atas kelemahan kami. Moga Allah yang penuh rahmat dan belas kasihanNya kepada seluruh hamba-hambaNya akan terus memberi petunjuk untuk kami menuju kearah yang lebih baik.
Kami amat mengalu-alukan sebarang pendapat atau sumber agar kita sama-sama dapat mendekatkan lagi diri kepadaNya.


Kami boleh dihubungi di : bomohprana@gmail.com



Kelebihan Berzikir kalimah Lailaha Illah







Saidina Ali ra telah bertanyakan Rasulullah – apakah cara paling mulia, mudah dan cepat dalam mendekatkan diri kepada Allah swt. Nabi saw menyebut kalimat‘La Ilaha Illallah’
kerana tiang arasy dan segala ciptaan Alllah terdiri atas kalimah ini. Para ahli hadis/sufi menyatakan apabila kalimah ini tidak disebutkan lagi oleh orang Islam, maka bermulalah kiamat. Daripada Saidina Ali, maka bermulalah segala amalan sufi. Ini memandangkan kedudukan Ali ra sebagai ‘pintu’ kepada ilmu kerohanian Nabi Muhammad saw.
Kalimah ‘La Ilaha Illallah’ mengandungi seluruh tasbih, tahmid dan takbir atau segala pujian kepada Allah SWT.
Berzikir akan mendorong tubuh bergerak atau harakah secara semulajadi. Hal ini sukar dijelaskan. Dalam tasawuf, harakah ini disusun begitu rupa sehingga menimbulkan rentak berbaris demi proses taqarrub.


Dari ‘Abdullah bin ‘Amru bin As Radiallahu‘anhu, katanya:
Rasulullah bersabda : ‘Sesungguhnya Allah memilih seorang dari umatku untuk menjadi saksi makhluk-makhluk pada hari kiamat. Kemudian dibukalah 99 catatan, yang setiap catatan terbentang sepanjang penglihatan. Kemudian Allah bertanya :
‘Adakah ini sesuatu yang kau ingkari? Apakah engkau dizalimi oleh pencatatKu dengan catatan-catatan ini?’ Dia menjawab : ‘Tidak, Tuhanku.’ Allah bertanya : ‘Apakah engkau hendak mengemukakan alasan?’ Jawabnya : ‘Tidak, Tuhanku.’ Allah berkata : ‘Benar, di sisiKu engkau memiliki kebaikan, dan tidak akan ada kezaliman atas dirimu pada hari ini.’ Lalu keluarlah selembar catatan yang berisi tulisan : ‘Asyhadu an‘La Ilaha Illallah’ , wa Asyhadu anna Muhammadan ‘abduhu wa rasuluh.’ Allah berfirman : ‘Bawalah ini ke neraca.’ Dia menjawab : ‘Wahai Tuhanku, selembar catatan ini ditimbang dengan seluruh catatan
lainnya?’ Allah menjawab : ‘Sesungguhnya engkau tidak dizalimi.’ Lalu diletakkan selembar catatan itu di salah satu sisi neraca, sedangkan catatan lainnya sepanjang penglihatan itu diletak di sisi yang lain. Ternyata catatan-catatan yang banyak Keutamaan Dan Buah Zikir itu menaik, sedangkan selembar catatan itu memberat.  Maka tidak ada sesuatu yang mampu menyaingi nama Allah.’

 (HadisRiwayat At-Tirmizi, dan dikatakan sebagai hadis hasan, dan IbnMajah, Ibn Hibban didalam Sahih mereka, serta Al-Baihaqi dan
Al-Hakim, dan dikatakan sahih atas syarah Muslim)



Dari Abu Hurairah Radiallahu‘anhu, katanya :

Rasulullah bersabda : ‘Perbaharuilah iman kalian.’ Mereka bertanya : ‘Wahai Rasulullah, bagaimana cara memperbaharui iman kami?’ Baginda menjawab : ‘Banyakbanyaklah mengucapkan ‘Laa Ilaaha Illallah.’ (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Ath-Thabrani dengan sanad hasan)

Dari Ibnu ‘Umar Radiallahu‘anhu, katanya : Rasulullah bersabda : ‘Bukan ahli‘Laa Ilaaha Illallah’, orang yang kesepian di kuburnya dan pada saat kebangkitannya. Seolah-olah aku melihat ahli ‘Laa Ilaaha Illallah’ sementara mereka mengusap tanah dari rambut-rambut mereka dan berkata : ‘Segala puji bagi Allah Yang telah menghilangkan duka cita dari kami.’
 (Faathir: 34)’ (Hadis riwayat Ath-Thabrani dan Al Baihaqi)

Ibnu Rajab Al Hambali rahimahullah dalam Kalimatul Ikhlas mengatakan,

    ”Kalimat Tauhid (yaitu Laa Ilaha Illallah, ) memiliki keutamaan yang sangat agung yang tidak mungkin dapat dihitung.”


Diantara natijah amalan zikir

Berzikir memberi potensi untuk taat
Berzikir memberi potensi dan kemahuan keras
Gedung-gedung di syurga terus dibangun selama seseorang itu masih berzikir
Berzikir menyebabkan para malaikat memohonkan ampun bagi pelakunya
Berzikir menyebabkan gunung-gunung dan lembah-lembah bergembira
Memperbanyak zikir menyebabkan terjauh daripada sifat munafik
Berzikir menyebabkan rasa lazat di hati pelakunya, kerana itu majlis-majlis zikir disebut kebun-kebun syurga
Berzikir di jalan, di rumah, di waktu bepergian mahu pun di waktu menetap akan menjadi saksi bagi pelakunya di hari kiamat
Pelaku zikir diberi wajah yang cerah ketika di dunia dan diberi cahaya ketika di akhirat
Berzikir menyebabkan Allah mengakui keimanan seorang hamba
Berzikir menyebabkan seorang mendapat keuntungan berlimpah-limpah
Berzikir di waktu senang menyebabkan Allah memperhatikan pelakunya di kala susah
Berzikir menyembuhkan hati yang sakit Proses zikir membawa kepada pensucian diri dan qalb, mendekatkan diri kepada Allah, membentuk semangat persaudaraan Islam, membersihkan dosa, mengikis sifat cela dan membina sifat terpuji.

" Mereka yang beriman dan bertenang hatinya dengan berdzikir kepada Allah.." ( Ar-Ra'ad : 28 ).


ZIKIR "LAILAHAILLALLAH" 70,000 KALI - SELAMAT DARIPADA API NERAKA
Amalan bertahlil dengan ucapan لا اله الا الله sebanyak 70,000 kali telah lama jadi amalan sebahagian ulama kita Ahlus Sunnah wal Jama`ah. Bahkan masyhur di kalangan kita Ahlus Sunnah wal Jama`ah yang 70,000 kali tahlil ini disebut sebagai "Tahlil Sekhatam" atau "Tahlil Sejuzuk", yakni satu khatam bagi nisab tahlil. Para ulama kita menganjurkan amalan ini sebagai satu ikhtiar memohon kelepasan dari azab neraka yang sangat pedih itu. Sebahagian ulama menggelar amalan tahlil sekhatam ini sebagai "al-`ataaqah" yakni pembebasan atau permerdekaan, dengan harapan agar sesiapa yang melaksanakannya dibebaskan atau diberi kemerdekaan daripada api neraka. Ada juga yang menamakannya sebagai "Tahlil Fida`", yakni berzikir dengan lafaz tahlil dengan harapan untuk menebuskan diri dari api neraka, Allahumma ajirna minan naari saalimin. Di sini tak perlulah kita nak berbalah pasal bid`ah membid`ah, suka amal silakan, tak suka amal silakan ...... Aiman tak keesaah, aku pun tak keesssaaaaaahhh. Sendiri punya lubang kubur, sendiri tanggung, cuma sewaktu hidup inilah kita memperbanyakkan amal ibadah, buat bekalan kita di sana.
Habib Abu Bakar Al`aththas bin `Abdullah al-Habsyi rahimahullah dalam karya beliau "Tadzkirun Naas" pada halaman 375 menukilkan bahawa Imam Habib Ahmad bin Hasan al-Aththas rahimahullah, antara lainnya, berpesan:-
" ... Dan sesiapa yang luput baginya menuntut ilmu (yakni kerana tiada peluang atau kerana ketidakmampuannya untuk berbuat sedemikian), maka janganlah luput baginya segala mihrab (yakni jangan pula dia menjadi lalai untuk memperbanyakkan amal - ibadah dengan melazimi segala masjid). Bahkan dia hendaklah menyibukkan dirinya dengan shalat dan dzikrullah dengan dia melakukan "al-`ataaqah" iaitu bertahlil 70,000 kali dengan niat memohon pembebasan bagi dirinya daripada api neraka. Dan dilakukannya juga dengan yang seumpamanya (yakni tahlil 70,000 kali tadi) dan dihadiahkannya kepada seseorang kaum kerabatnya."
Juga telah masyhur dalam kitab - kitab karangan para ulama yang muktabar tentang kisah keberkatan amalan ini. Syaikhul Hadits, Rai-sul Muhadditsin, Hadrat Maulana Muhammad Zakaria al-Kandhalawirahimahullah dalam karya beliau "Fadilat Zikir" halaman 556 {himpunan "Fadilat 'Amal (Bahasa Melayu) Edisi Semakan Terkini 1434H} menukilkan kisah berikut:-
Syaikh Abu Yazid al-Qurtubirahimahullahu ta`ala berkata," Saya dengar bahawa sesiapa yang membaca لا اله الا الله tujuh puluh ribu kali maka dia akan terselamat daripada api neraka. Setelah mendengar perkara tersebut maka saya telah membaca satu himpunan bacaan yakni tujuh puluh ribu kali untuk isteri saya dan beberapa himpunan bacaan untuk simpanan akhirat saya sendiri. Seorang anak muda tinggal berhampiran dengan kami. Dia masyhur sebagai seorang yang mempunyai kasyaf. Dikatakan syurga dan neraka juga dapat dilihatnya melalui kasyaf. Saya ragu-ragu mengenai kebenaran berita tersebut. Satu ketika pemuda itu bersama kami dalam (majlis) makan. Dengan tidak semena-mena pemuda itu menjerit dan nafasnya mulai tersekat-sekat serta berkata, "Ibuku sedang dibakar di dalam neraka, aku dapat melihat keadaannya."
Kata Hadrat Qurtubirahimahullahu ta`ala, "Aku melihat keadaannya yang sangat gelisah. Saya terfikir bahawa satu himpunan bacaan لا اله الا الله perlu dihadiahkan kepada ibunya. Dengan ini saya dapat mengetahui kebenaran perkara di atas. Maka saya telah menghadiahkan untuk ibunya satu himpunan iaitu tujuh puluh ribu zikir لا اله الا الله daripada simpananku secara diam-diam. Zikir yang saya baca itu sebenarnya tidak diketahui oleh sesiapa pun selain Allah subhanahu wa ta`ala.
Lalu pemuda itu berkata, "Pak Cik, ibuku telah dihindarkan daripada azab neraka." Kata Hadrat Qurtubi rahimahullah, "Aku telah memperoleh dua faedah daripada peristiwa ini. Pertama, terbukti bagiku keberkatan daripada bacaan tujuh puluh ribu kali لا اله الا الله sebagaimana yang aku dengar (mengenai kelebihan kalimah tersebut). Kedua, aku meyakini kebenaran kata-kata pemuda itu."
Peristiwa ini hanya satu daripada kisah - kisah yang kita tidak tahu berapa banyak lagi kisah seumpama itu berlaku dalam kalangan individu umat ini.

Oleh itu, tinggalkanlah perbalahan mengenai isu - isu yang diikhtilafkan oleh para ulama. Banyakkan beramal daripada berjidal. Ingat tidak ada seorang pun daripada kita ini melainkan sedang berjalan menuju kematian. Allahu ... Allah, mudah-mudahan dengan keberkatan kalimah thayyibah ini kita diselamatkan dari azab neraka yang pedih dan dahsyat.

1 comment:

  1. Alhamdulillah sekiranya zikir 70,000 x ke atas rasa nikmat nya sesangat bagus ........mengalir aliran dalam sistem tubuh jasmani dan rohani

    ReplyDelete