Cara Rawatan

Di sini akan dihuraikan secara sepintas lalu, untuk memberi sedikit gambaran bagaimana pengamal PPS merawat pesakit.

CARA RAWATAN DALAM PPS

Disini akan diberikan contoh dan dihuraikan secara sepintas lalu, untuk memberi sedikit gambaran bagaimana pengamal PPS merawat pesakit.

Cara permulaan rawatan bergantung kepada keadaan pesakit :

1. Pesakit sedang dirasuk atau meracau-racau atau dalam keadaan tidak  normal.

Dalam keadaan begini, pengamal PPS dengan cara tertentu akan berdailog atau memaksa makhluk halus yang merasuk kedalam diri pesakit itu untuk berdailog. Lantaran sudah dimaklumi bahawa sifat makhluk halus yang merasuk itu jahat, maka berkemungkinan apa yang diperkatakan, disampaikan atau diceritakan itu tidak benar, maka pengamal PPS akan memastikan atau mengesan samada makhluk halus itu berbohong atau tidak. Sekiranya makhluk halus itu berkata bohong, maka pengamal PPS akan memaksa ianya berkata benar dengan cara tertentu, seperti mengingatkan dan memberi amaran kepadanya atau menyakiti makhluk halus tersebut. Kelihatan ketika itu, pesakit yang mengalami kesakitan, tetapi pada hakikatnya yang sakit itu adalah makhluk halus. Sifat makhluk, samaada manusia, binatang atau pun makhluk halus, semuanya takut akan rasa sakit.

Melalui pengalaman, ada sesetengah pesakit yang dirasuk itu akan cuba melawan atau beradu kekuatan dengan pengamal PPS., tapi, alhamdullilah, dengan ilmu yang dipelajari dan kerana mengenali sifat makhluk halus itu, pengamal PPS akan dapat mengatasi keadaan demikian. InsyaAllah, makhluk halus tidak akan dapat berbuat sewenang-wenangnya.

Bergantung kepada keadaan tertentu, makhluk halus itu akan keluar dengan sendirinya dari tubuh pesakit atau pun pengamal PPS akan menyuruh makhluk halus itu keluar.

Setelah pesakit kembali sedar, pesakit akan terus dirawat guna memulihkan semula tenaga dan semangat pesakit. Kemudian, pengamal PPS akan berbincang dengan pesakit dan menerangkan kepada pesakit tentang punca penyakit dan apa sebenarnya yang dia alami. Pesakit juga diajar bagaimana cara untuk melawan makhluk halus dan diberi kaunseling.

Bagi pesakit yang mempelajari atau mengamalkan ilmu salah, pesakit akan diajar dan diminta membuang ilmu tersebut.. Jika difikirkan perlu, pengamal PPS sendiri akan membuang ilmu tersebut dari tubuh pesakit. Sekiranya pesakit kembali mengamal ilmu itu, lambat-laun penyakitnya akan kembali menyerang semula.

2. Pesakit dalam keadaan sedar(tidak dalam keadaan dirasuk).

Apabila sesaorang pesakit itu menemui pengamal PPS, pengamal PPS akan berbincang dan menanyakan soalan-soalan tertentu kepada pesakit. Sessi ini amat penting, kerana ianya akan lebih memudahkan pengamal PPS menentukan samada pesakit itu mengalami sakit fizikal atau diganggu makhluk halus. Kedua-dua jenis penyakit itu akan digunakan pendekatan atau rawatan yang berbeza. Ada sesetengah pesakit mengadu bahawa dia mengalami sakit fizikal seperti barah, migraine atau sebagainya, tetapi apabila dikesan dengan kaedah PPS, ternyata ianya adalah disebabkan oleh gangguan makhluk halus. Ini tidak menghairankan, kerana makhluk halus berupaya menipu manusia tertentu dengan membuat seolah-olah pesakit itu mengalami sakit fizikal.

"Dari Ummu Salamah r.a isteri Nabi saw katanya:

Rasulullah saw pernah bersabda tentang seorang sahaya perempuan yang tinggal

di rumah Ummu Salamah, kerana mukanya kelihatan pucat oleh beliau. Sabdanya:

"Dia terkena penyakit pengaruh pandangan mata, kerana itu manterailah dia."

(Hadis : Shahih Muslim).

Sebenarnya, sepanjang sessi berdailog dan berbincang itu, proses merawat pesakit telah pun bermula yang kebanyakannya tanpa disedari dan dimengerti oleh pesakit.

Dengan izin Allah swt, dengan keagonganNya dan kebesaranNya, dalam sessi inilah bagi kes-kes tertentu, suatu kelainan akan dirasai oleh pesakit. Contohnya, pesakit ketika itu mungkin akan merasa gementar, berdebar-debar, panas, sejuk, marah, benci dan sebagainya. Ada juga pesakit yang merasai penyakit yang dihidapinya hilang dengan tiba-tiba sahaja, contohnya, ada pesakit yang ketika bertemu pengamal PPS mengalami sakit kepala atau sakit payudara dan sebagainya, tapi dengan izin Allah swt, setelah berbincang dengan pengamal PPS, penyakit itu hilang begitu sahaja. Begitulah Allah mempermudahkan apa yang dikehendakiNya, selagi usaha kita tidak terlibat dengan unsur-unsur syirik.

Selesai sessi perbincangan tersebut, pengamal akan dapat menentukan jenis penyakit yang dialami oleh pesakit, yakni, samada sakit fizikal atau pun kerana gangguan dari makhluk halus, dan rawatan selanjutnya diteruskan.

Bagi kedua-dua jenis jenis penyakit, disamping pengamal merawat menggunakan ilmu kebatinan, pengamal PPS juga mengunakan bahan-bahan ubatan lain.

Sayugia diingatkan bahawa, bahan ubatan lain itu adalah satu bahan atau alat sebagai satu cabang ikhtiar. Keberkesanannya adalah dengan izin Allah swt semata-mata. Contoh yang paling mudah ialah, pisau yang tajam itu pada adat dan sifatnya akan dapat digunakan untuk menyembelih ayam, tetapi pada hakikatnya, apa yang berlaku adalah dengan izin Allah swt. Perkara dan keadaan ini amat penting untuk difahami kerana bimbang kalau-kalau ada yang begitu percaya atau taksub dengan ubat-ubatan tanpa bersandar kepada keizinan Allah swt.

3. Rawatan gangguan pada tempat tinggal atau persekitaran.

Sering juga berlaku penyakit yang dialami berpunca dari gangguan dipersekitaran seperti tempat kediaman, tempat kerja, kenderaan dan sebagainya, atau pun sesaorang itu tidak mengalami sebarang penyakit tetapi mengalami gangguan apabila berada ditempat-tempat tertentu. Contohnya, apabila pulang atau berada di rumah, terasa seolah-olah ada lembaga memerhati atau berada dipersekitaran. Kekadang terasa begitu takut sekali. Untuk keadaan seperti ini, insyaAllah, PPS akan dapat mengatasi dan memulihkannya dengan kaedah yang lain.


***

No comments:

Post a Comment